twitter
rss

Sunday, September 25, 2011

KONSEP DARAB


Pengenalan

- Dalam menyampaikan konsep pendaraban, guru – guru mesti mengetahui konsep darab dengan lebih mendalam dan mahir untuk memberi penerangan kepada pelajar


- Guru-guru seharusnya menyampaikan konsep yang paling mudah dahulu, iaiatu konsep tambah berulang-ulang. Apabila pelajar sedah menguasai konsep tersebut, barulah konsep darab lain disampaikan sebagai pengayaan dan penyesuaian dengan situasi yang berbeza


KONSEP

PENDARABAN

1. Konsep Tambah Berulang-ulang

2. Konsep Kali / Ganda

3. Konsep Baris & Turus ( Tatasusunan )

4. Konsep Kombinasi


1. Konsep Tambah Berulang-ulang


Ada 3 biji pinggan. Terdapat 2 biji epal di dalam setiap pinggan tersebut. Berapakah jumlah epal-epal tersebut?

Mari kita bina ayat / bahasa matematik

Ada berapa biji pinggan semuanya? ( 3 biji )

Ada berapa biji epal di dalam setiap pinggan? ( 2 biji )

Kemudian lanjutkan soal-jawap untuk memperkenalkan konsep kumpulan

Ada berapa kumpulan epal kesemuanya? ( 3 kumpulan )

Ada berapa biji epal bagi setiap kumpulan? ( 2 biji )

Berapakah jumlah kesemua epal tersebut ? ( 6 biji )

Jadi kita boleh tulis ayat matematik darab

3 X 2 = 6

No comments:

Post a Comment